Asia Tenggara Dahului Indeks Pasaran Baharu Agility
Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam antara peneraju indeks logistik global
Versi Bahasa Malaysia
BAAR, Switzerland, 11 Februari 2020 /PRNewsGIG/ — Negara-negara Asia Tenggara mengatasi kebanyakan rantau pasaran baharu lain dalam Indeks Pasaran Baharu Agility ke 11, sebuah tanda aras daya saing yang luas berdasarkan kekuatan logistik dan asas perniagaan.
Keadaan yang mesra perniagaan dan kekuatan teras meletakkan beberapa negara Asia Tenggara di kedudukan teratas indeks tersebut, di belakang negara gergasi China (1) dan India (2).
Indeks ini meletakkan 50 negara mengikut faktor-faktor yang menarik minat pengusaha logistik, pengangkut barang, pengendali perkapalan, pembawa dan pengedar kargo udara. Di kalangan negara-negara ASEAN, Indonesia (4), Malaysia (5), Thailand (9) dan Vietnam (11) berada di kedudukan yang kukuh. Filipina pula berada di kedudukan ke 22 Index tahun ini.
Di tengah-tengah perang perdagangan AS-China, kebanyakan responden lebih memilih untuk berpindah ke Vietnam daripada negara-negara lain jika mereka memberhentikan operasi mereka di China. Tahun lalu, 56% daripada ahli profesional logistik menyatakan negara-negara Asia Tenggara bakal menerima manfaat menyeluruh kesan daripada ketegangan dagangan AS-China, tetapi peratusan ini telah menurun kepada 42% pada tahun 2020.
Andy Vargoczky, Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Asia Pasifik, Agility GIL, berkata kebergantungan rantau tersebut pada pasaran eksport Eropah dan Amerika Utara semakin berkurangan kerana negara ASEAN semakin matang, mengintergrasikan, menggunakan lebih banyak dari apa yang mereka hasilkan, dan lebih bergantung kepada perkhidmatan untuk perkembangan ekonomi dan peluang kerja.
“Prestasi negara-negara ASEAN adalah baik, walaupun berada dalam tempoh ketidakpastian global,” Vargoczky berkata. “Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam berada dalam atau dekat dengan kumpulan 10 teratas, dan kepentingan mereka dalam rantaian bekalan dan pengangkutan global terus berkembang.”
Tinjauan tahunan Agility ke atas 780 ahli profesional rantaian bekalan menunjukkan pesimisme menyeluruh terhadap ekonomi dunia, yang mana 64% menyatakan kemelesetan global akan berlaku dan hanya 12% para eksekutif menafikannya. Tekanan menurun ke atas volum dagangan global, prospek pertumbuhan yang tidak menentu dan perang perdagangan antara AS dan China yang sedang berlangsung memacu pendapat ini.
Antara 50 negara, logistik domestik China, India dan Indonesia berada di kedudukan tertinggi. Logistik antarabangsa bagi negara China, India dan Mexico berada di tempat teratas, manakala Vietnam ke empat, Indonesia ke lima, dan Thailand ke enam. UAE, Malaysia dan Arab Saudi memiliki asas perniagaan yang terbaik.
Sorotan Indeks dan Tinjauan 2020
- China dan India, berada di kedudukan teratas 2020 berdasarkan saiz dan kekuatan mereka sebagai pasaran logistik domestik dan antarabangsa, ketinggalan di belakang pesaing yang lebih kecil dalam asas perniagaan, kategori yang menilai negara berdasarkan persekitaran kawal selia, dinamik kredit dan hutang, pelaksanaan kontrak, pelindungan anti-rasuah, kestabilan harga dan akses pasaran. Pada kategori tersebut, China di kedudukan ke 8 dan India ke 18.
- Responden tinjauan melihat India sebagai pasaran yang mempunyai potensi lebih tinggi dari China, pilihan kedua mereka. Dalam ranking keadaan perniagaan yang terbaik, beberapa negara telah menunjukkan kemajuan: Mesir memanjat 10 kedudukan (17); Ukraine naik 10 tangga (27); Ghana jatuh 13 tangga (32); dan Iran jatuh 12 tangga (38).
- Mesir, walaupun telah melalui tempoh pergolakan sosial yang singkat pada tahun 2019, menunjukkan peningkatan yang memberansangkan di kesemua indeks. Dalam indeks keseluruhan, Mesir naik enam tangga (20), dalam masa yang sama naik 10 kedudukan dalam carta asas perniagaan (20), enam tangga dalam indeks peluang domestik (13) dan naik lima tangga dalam indeks peluang antarabangsa (23).
- Menurut para profesional rantaian bekalan tiga faktor utama yang menghalang perniagaan kecil dari perdagangan global adalah birokrasi perdagangan (17%), ketidakstabilan kerajaan/sempadan (14%) dan ketidakmampuan untuk bersaing dengan pesaing yang lebih besar (14%).
- Walaupun ramai percaya kemelesetan akan berlaku, pasaran baharu masih berkembang pada anggaran 3.7% pada 2019 dan dianggarkan akan terus berkembang oleh IMF sebanyak 4.4% pada 2020. Bagi apa yang mendorong pertumbuhan pasaran baharu; 23% mengatakan pemodenan sistem dan proses kastam, 18% menyatakan peningkatan capaian internet, 16% menyatakan modenisasi sistem pembekal logistik (WMS, TMS, dll.) dan 15% menyatakan peningkatan penggunaan dan pemodenan sistem pembayaran atas talian.
- Lima “megacity” utama hab logistik pasaran baharu adalah Shanghai, New Delhi, São Paulo, Jakarta dan Mexico City. Megacity/Bandar Mega – pusat bandar dengan populasi 10 juta atau lebih – memerlukan sokongan logistik yang luas untuk memenuhi keperluan domestik dan terlibat dalam perdagangan.
- Pelaksanaan E-dagang dinyatakan sebagai perkhidmatan logistik yang paling mungkin untuk mengekalkan atau meningkatkan pertumbuhan, jauh di hadapan perkhidmatan lain seperti penghantaran domestik jarak terakhir dan penghantaran parsel ekspres antarabangsa.
- Negara-negara yang paling kurang potensi sebagai pasaran logistik pada 2020 adalah Syria, Iran, Venezuela, Iraq dan Libya.
Indeks Pasaran Baharu Logistik Agility 2020: www.agility.com/2020index
Mengenai Agility
Agility adalah syarikat logistik global berpendapatan tahunan $ 5.1 bilion dan 26,000 pekerja di lebih 100 negara. Ia adalah salah satu penyedia penghantaran muatan dan kontraktor logistik utama di dunia, dan pemimpin dan pelabur dalam teknologi untuk meningkatkan kecekapan rangkaian bekalan. Agility adalah perintis di pasaran baharu dan salah satu pemilik dan pemaju swasta terbesar gudang dan taman perindustrian ringan di Timur Tengah, Afrika dan Asia. Anak-anak syarikat Agility menawarkan logistik bahan api, perkhidmatan lapangan terbang, hartanah komersil dan pengurusan kemudahan, pendigitalan kastam, dan perkhidmatan infrastruktur capaian jauh.
Untuk maklumat lebih lanjut tentang Agility, layari www.agility.com
Twitter: twitter.com/agility
LinkedIn: linkedin.com/company/agility
YouTube: youtube.com/user/agilitycorp
Untuk maklumat lanjut: Sabrina Mundy, Man Bites Dog, +44 1273 716 826, teamagility@manbitesdog.com
Note to editors: Click here to download images